Ayah..
Bercahaya sinarmu tika aku memerlukan mu....
Berderai laju airmata ku...
Bila tiada diri mu....
Kekuatan ku jua adalah nadi mu ayah...
Rahmatlah ke atas mu...
Wahai ayah ku...
Biar duka pemberian mu...
Aku sambut tanpa rasa...
Biar suka buat ku...
Aku tak lupa pada mu...
Betapa besar budi mu...
Membesarkan aku tanpa jemu...
Betapa besarnya nilai mu...
Berada di ruang mata ku...
Ayah...
Andai kau tahu...
Betapa aku rindu pada mu...
Kerinduan untuk dimanjai...
Kerinduan untuk disayangi...
Namun kini aku mempunyai...
Kehidupan sendiri...
Andai dapat ku putarkan waktu...
Aku ingin sentiasa bersama mu selalu...
Kerana aku amat berbangga...
Menjadi anak mu dan ikhlasnya...
Hati ku ini merasa bahagia...
Ada ayah seperti mu...
Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada para bapa dan kegiatan kekeluargaan.
Malaysia menyambut Hari Bapa pada bulan Jun (Ahad Ke-3) setiap tahun.
sumber : wikipedia
Comments
Post a Comment