JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Muidin Maidin, 26, selepas didapati bersalah membunuh Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan tersebut selepas mendapati keterangan pembelaan ke atas Muidin gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Lelaki yang bekerja sebagai buruh itu didakwa membunuh Dirang di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai di sini antara pukul 11.30 pagi 1 Mac 2012 sehingga 12 pagi 2 Mac 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. - KOSMO!
Syabas kepada pihak pendakwaan, hukuman yang setimpal...apa salah seorang kanak2 diperlakukan sebegitu rupa.
Al-Fatihah
Kronologi cerita boleh didapati di
http://duniaitu.blogspot.com/2012/03/budak-diculik-angkara-dendam.html
Comments
Post a Comment