Lailatul Qadar



Rasulullah SAW bersabda: “Pada saat berlakunya Lailatul Qadar itu, malam terasa jernih, terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan.” (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi).
.
Pada malam Lailatul Qadar disunat dan digalakkan meraih waktu mustajab ini dengan memperbanyakkan doa. Walau bagaimanapun, diharuskan mendirikan Solat Sunat Lailatul Qadar, apabila dirasakan telah tibanya ‘Lailatul Qadar’ iaitu sesudah selesai membaca segala doa yang disarankan.
.
Solat ini adalah sebagai tanda syukur seorang hamba kepada Yang Maha Khalik, disamping memohon untuk mendapatkan keredhaan dan syurga-Nya.




Andai terpilih melalui hari ini..
Mulianya diri bertemu LailatulQadar...
Tidakkah terlintas untuk mencarinya....
Di hujung hari sebelum berakhir Ramadhan...

Turunnya para malaikat...
Tunduknya semua pokok-pokok dan gunung ganang...
Bersujud menyembah Allah SWT...
Betapa besarnya muka bumi ini....
Hanya milik Allah SWT....

Air yang jernih menjadi kaku...
Suasana menjadi sunyi sepi...
Rahmat Allah sedang berlagu...
Membawa sejuta kerahmatan bagi yang tahu...

Manusia perlu mencari...
Hari yang dicipta penuh misteri...
Andai ibadah sempurna dan suci...
Mungkin bertemu LailatulQadar ini...

Jika menjadi insan terpilih...
Berbahagialah nanti dunia dan akhirat...
Maha Suci Allah, Yang penuh kebesaran
Sebagai ummah, berusahalah mencari keberkatan.

Comments