Hujan turun tanpa henti,hati elysa mula resah, gelisah mengingatkan peristiwa yang mengguriskan hatinya. Malam yang kian larut membuatkan elysa semakin hanyut dibuai mimpi-mimpi yang tak berkesudahan.
Jam menunjukkan 8:00 pagi. Seperti biasa Elysa bergegas keluar untuk pergi bekerja.
"Saya nak awak siapkan dokumen ni sebelum 1:00 petang ni.." Bosnya yang bengis lagi sombong menghempaskan fail di meja Elysa. Terkebil-kebil mata Elysa menahan ketakutan.
"tak guna punya boss!!"getusnya di dalam hati. Encik Kamal seorang pengurus besar di syarikat tempatnya bekerja namun beliau seorang yang sangat tegas dan suka memarahi pekerja-pekerjanya.
"tutt...tutt...tutt....Hello.....kau kat mana?"
"Malam ini aku tak balik tau. " Rakan serumah Elysa yang selalu begitu taksub mengejar dunia, lupa halal dan haram, agama dan bangsa.
Hari ini Elysa pergi lagi ke tempat biasa, di bawah pohonan lampu-lampu bercahaya. Tanpa diundang berderai laju airmata Elysa bila mengenangkan kisah hitamnya. Elysa seorang gadis yang sangat baik dan sopan, namun di sebabkan terpedaya dengan janji-janji manis kekasihnya, Elysa hanyut dibawa arus dosa yang tak terampun baginya. Elysa merindui bayi yang dilahirkannya. Bayi tersebut dipelihara oleh keluarga cina. Apakah daya dalam keadaan yang serba daif, Elysa terpaksa tanpa rela. Selepas peristiwa hitam tersebut, Elysa berkahwin dengan pemuda pilihan keluarga. Sejak itu dunianya semakin gelap. Elysa didera zahir dan batin.
Tanpa belas kasihan, Elysa dijadikan tempat melepaskan tekanan, mendabik dada seorang lelaki jalanan. Parut dikepala Elysa masih lagi ada. Di hantuk ke dinding hanya kerana mengambil makanan di peti sejuk.
"Siapa izinkan kau ambil makanan dalam peti sejuk aku ni ha??"
"Maafkan saya, saya cuma letakkan kek dalam peti ni.."
"Aku peduli apa..ambil kek kau tu dan buang sekarang"
Elysa yang ketakutan terus mengambil kek itu dan pergi ke bilik usangnya sambil menangis. Kek itu adalah kek harijadinya yang di beli pada pagi itu. Dalam keadaan hati yang sayu, Elysa akhirnya tertidur tanpa disedari di tepi dinding biliknya.
Elysa yang ketakutan terus mengambil kek itu dan pergi ke bilik usangnya sambil menangis. Kek itu adalah kek harijadinya yang di beli pada pagi itu. Dalam keadaan hati yang sayu, Elysa akhirnya tertidur tanpa disedari di tepi dinding biliknya.
Walaupun mengahwini lelaki yang sangat kaya tetapi Elysa tidak merasa nikmat kemewahan itu. Elysa di layan seperti binatang kerana perkahwinan mereka hanya untuk menunaikan hajat arwah ibu bapa suaminya itu.
Hari sudah pun malam. Elysa lega kerana dapat melepaskan titis-titis airmata keramatnya disitu. Elysa merindui kampung halaman. Ibu bapa Elysa sudah lama pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Hanya Elysa sahaja yang tinggal terkontang-kanting menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang penuh dengan seribu kekusutan.
"Kau pergi mana malam tadi Dila?" tanya Elysa.
"alah..aku tidur rumah Muskir la...hehehe...kenapa??"
"alah..aku tidur rumah Muskir la...hehehe...kenapa??"
"Kau ni kan...hati-hatilah, nanti jadi macam aku merana 24 jam tau!!"
"Aku tahulah jaga diri, yang penting kikis duit dia habis-habisan." balas Dila dengan senyuman penuh makna.
"Jahat kau ni..." balas Elysa sambil memukul bantal kusyen yang dipegangnya ke bahu Dila. Ketawa riang mereka walaupun di hati bersarang duka.
Hari ini ada lawatan dari Ahli Lembaga Pengarah. Elysa sibuk menyiapkan tugas-tugasannya seperti biasa. Elysa sangat komited pada kerjanya dan teliti. Walaupun sering dimarahi, Elysa tetap tekun bekerja.
Pada malam yang terang, Elysa keluar rumah untuk membeli makanan. Bunyi bising dan bingit motor kedengaran di sana-sini.. Elysa membeli mee goreng dan teh tarik. Sebaiksiap, Elysa pun pulang ke rumah. Sesuatu yang tak diduga telah berlaku.
Muskir tidak sedarkan diri. Dia dibantu oksigen pernafasan. Matanya terkebil-kebil mencari sesuatu yang hilang baginya.
Elysa tiba di hospital dan tanpa dipinta, berjurai airmatanya melihat keadaan Muskir separuh sedar dan seperti menanti maut muncul sebentar lagi. Setelah terlihat Elysa, Muskir meronta-ronta seperti seorang kekasih yang didalam kerinduan. Elysa menghampiri dan menggetap bibirnya dalam kesayuan yang amat sangat.
Muskir sudah lama mencari Elysa tapi tak ditemuinya. Semenjak Muskir mendapat sakit barah tulang, tumbuh berbagai keinsafan didalam dirinya. Penyesalan yang bertimpa-timpa telah menghantui dirinya. Tambahan pula hajat arwah ayah dan ibunya tidak ditepati janjinya.
Muskir ingin berkata sesuatu tapi tak mampu bersuara, hanya titisan jernih airmatanya yang mengalir di wajah seperti ingin memohon kemaafan. Masih lagi terpendam di lubuk hati Elysa pada malam pertama perkahwinan. Dia di ibarat dirogol, dipukul dan di tendang sesuka hati. Inikah hadiah yang layak diterimanya pada hari berbahagia itu? Elysa meraung kesakitan namun tiada suara yang mampu menolongnya.
Elysa tersentak dari lamunan apabila Muskir semakin nazak dan nafas yang tersekat-sekat. Elysa terkaku bisu namun jauh di sudut hati mengampunkan segala dosa-dosa Muskir kepadanya.
Muskir di beri rawatan kecemasan, doktor bertungkus lumus menyelamatkan Muskir, namun takdir penentu segala. Muskir pergi dengan hati yang penuh penyesalan dan dosa-dosa silam yang belum terampun, Wallahualam....
Elysa tersandar di dinding. Segala memori mula keluar satu persatu di benak hatinya. dengan hati yang penuh berduri, Elysa hanya mampu berdoa.
"Ya Allah, betapa besar dugaan Mu, aku dah tak mampu ya Allah, berilah ruang untuk ku merasa secebis senyuman sebelum nyawaku berakhir" rintih hati Elysa.
Tiga bulan kemudian, Elysa seperti biasa masih bekerja di syarikat yang sama walaupun ketuanya seorang yang suka menyinggung perasaannya.
Elysa mendapat panggilan dari seorang peguam dan ingin bertemu Elysa secara peribadi. Dalam keadaan termanggu-manggu, Elysa hanya menyetujui perjumpaan itu.
Seperti yang dijanjikan, pada jam 3:00 petang, elysa menemui peguam tersebut.
"Saya Encik Kamal, peguam darwah suami puan. Boleh kita berbincang sesuatu?"
"Ya, silakan.."
"Puan, Encik Muskir meninggalkan harta yang banyak dan semua harta itu dinamakan atas nama puan. Puan boleh menyemak semua dokumen ini secara detail"
Elysa seperti tidak berminat menyelak helaian yang tertulis tetapi bagaikan batu di hempap di kepalanya apabila melihat Nahkoda Enterprise diletakkan atas namanya sebagai pemegang saham terbesar. Elysa membelek-belek alamat tersebut,
" Ya, sah alamat dan tempat yang sama" bisik hatinya.
" Ya, sah alamat dan tempat yang sama" bisik hatinya.
Elysa kebingungan. Dlam sekelip mata dari seorang wanita yang miskin dan daif, akhirnya berubah sekelip mata.
Pada pagi yang berbahagia itu, Elysa diperkenalkan oleh peguam arwah suaminya kepada semua ahli lembaga pengarah Nahkoda Enterprise.
Semua kakitangan terkejut dan bosnya seperti tidak percaya apa yang berlaku. Sejak itu, hidupnya berubah. Tiada lagi kesedihan, tiada lagi airmata dan tiada lagi duduk dibawah ;lampu bercahaya, dan Elysa bertekad mencari kejayaan sepenuhnya dan yang paling penting, Elysa ingin mencari anak yang pernah dilahirkannya pada ketika usia remajanya dahulu. Itulah janji Elysa pada dirinya.
Comments
Post a Comment